Azhar Sulaiman mahu lempang Leona jika terbukti jalin hubungan sulit dengan suami orang

Azhar Sulaiman mahu lempang Leona jika terbukti jalin hubungan sulit dengan suami orang

Azhar Sulaiman mahu lempang Leona jika terbukti jalin hubungan sulit dengan suami orang. Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dia dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Othman.

Menerusi perkongsian Leona di Twitter, wanita terbabit meninggalkan komen di Instagram Azhar dengan menuduh Leona pergi bercuti bersama suaminya ketika dia sedang menjaga anak-anaknya di rumah.

Malah dia turut meminta anak kepada Azhar untuk memulangkan semula wang yang telah dibelanjakan bersama suaminya termasuklah bil hotel, tiket penerbangan, makanan serta bil-bil yang lain sepanjang mereka bercuti bersama.

Untuk pengetahuan awak, anak awak habiskan duit saya hampir RM3000 sebulan. Tolong bayar duit saya sebelum saya buat laporan polis mengenai anak perempuan awak adalah seorang scammer.

Disebabkan anak awak, saya ada anak-anak saya dah tak ada saving dah sejak 2014. Suami saya berkelakuan macam orang mabuk bila habiskan duit dia dengan anak awak.

Azhar Sulaiman mahu lempang Leona jika terbukti jalin hubungan sulit dengan suami orang

Saya nampak anak awak keluar dan makan dekat hotel tapi anak-anak saya hanya makan di rumah sahaja. Saya rasa anak awak dah tak ada dara lagi sedangkan saya masih ada dara lagi ketika kahwin dengan suami saya.

Azhar kemudiannya menghantar mesej di aplikasi WhatsApp serta memuat naik hantaran di Facebook dengan meminta individu terbabit untuk mengemukakan bukti dakwaan yang telah dilemparkan kepada anaknya itu.

Apa kata awak berikan bukti kepada saya. Senang sikit i nak lempang Leona nanti. kalau you ada proof lah. Ke suami you tengah gila bayang dan asyik sebut nama Leona sedangkan skandal sebenarnya nama Rosmawati?

Walau bagaimanapun, Azhar enggan memanjangkan perkara berkenaan dan tidak akan menyaman individu terbabit kerana memikirkan kesihatan mentalnya.

Hanya nasihat mesra untuk awak, carilah kawan baru yang mahir pasal media sosial okay. Dengan saya, awak terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental awak. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman you.

Dalam pada itu, Leona menegaskan bahawa perkara berkenaan adalah tidak benar kerana dia tidak pernah keluar bersama suami orang serta ibu bapanya turut mempercayai kata-kata anaknya itu.

Saya nak cakap yang perkara itu 100 peratus tidak benar, saya tak pernah keluar atau jumpa dengan suami orang. Dan ibu bapa saya tahu dan percaya saya. Dia kata saya ambil duit dia sedangkan saya memang tak ambil langsung duit ibu bapa saya. Logik ke.

Untuk pengetahuan awak, umur saya 12 tahun masa 2014. Okay kalau korang dah berkahwin jangan sesekali retweet tweet saya. Nanti partner awak tuduh saya jalinkan hubungan sulit dengan awak.

BACA:

Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu

Padang pasir paling kering, kini jadi tempat buang baju dari seluruh dunia