Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona

Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona

Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona. Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, mengakui anak perempuannya, Kasih Iris Leona suka berpakaian seksi walaupun dia melarangnya.

Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami dalam satu hantaran di media sosial berkata, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka.

Namun, dia bersyukur memiliki anak seperti Kasih Iris.

Baru-baru ini, gambar Kasih Iris yang berpakaian seakan berkemban tular dan menjadi perbualan hangat netizen.

“You name it lah (Anda beritahulah) segala ‘problem’ (masalah) yang seorang anak boleh conteng arang kat ‘parents’ (ibu bapa) dia.

Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona

“Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita lakukan semasa bujang dulu.

“Saya reda dan saya harap saya boleh jaga keluarga saya dengan baik,” katanya.

BACA:

Penerima BSH layak sertai Skim Insurans Peduli Sihat, ini manfaatnya

‘Gemuk punca Shuk Sahar curang’, Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

Pengambilan Julai 2022 : Jawatan kosong kerani, minima SPM