Ayda Jebat Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang takut terberanak atas pentas

Tindakan pelakon dan penyanyi,Ayda Jebat mejayakan persembahan bertenaga di acara Absolut Food Fest 2023 pada malam Sabtu mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Ini kerana Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat sedang hamil cahaya mata kedua

Dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan namun masih mempamerkan aksi lincah menari di atas pentas.

Ayda Jebat Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang takut terberanak atas pentas

Pengguna aplikasi TikTok, @poojapalatao dan akaun Instagram @__luqmnn ada memuat naik beberapa rakaman memperlihatkan Ayda menyanyikan lagu Nakal Nakal Nakal, Temberang selain Gangnam Style nyanyian asal PSY.

@poojapalatao @Ayda Jebat #absolutfoodfest #aydajebat #fyp #tiktok #supportlokal ♬ original sound – Pooja

Susulan aksi penuh bertenaga, segelintir individu meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap bayi dalam kandungan penyanyi berusia 31 tahun itu.

BACA: Nampak je sama, tapi lain sebenarnya..Ini jenis susu dalam tin yang ramai belum tahu