‘Ayam menang nyawa tergadai’, lelaki Malaysia mati ditembak di Thailand

'Ayam menang nyawa tergadai', lelaki Malaysia mati ditembak di Thailand

‘Ayam menang nyawa tergadai’, lelaki Malaysia mati ditembak di Thailand. Seorang lelaki dari Malaysia dilaporkan ditembak oleh penduduk Thailand selepas menang pertandingan laga ayam di sana, lapor Kosmo.

Menurut laporan, lelaki tersebut yang masuk ke Thailand secara haram untuk hadir ke pertandingan laga ayam itu dikatakan berenang kembali ke negara ini dalam keadaan tangan berlumuran dengan darah pada petang Sabtu lalu.

Difahamkan, ayam lelaki tersebut menang pertarungan itu. Namun, malang tidak berbau, lelaki itu ditembak dibahagian tangang oleh warga tempatan ketika dalam perjalanan untuk pulang, dipercayai kerana tidak berpuas hati.

Lelaki tersebut bertindak berenang pulang ke Malaysia sebelum dapatkan rawatan kerana bimbang akan timbul masalah lain dengan pihak berkuasa di sana.

Penggemar sabung ayam yang berusia 36 tahun itu menyelinap masuk secara haram melintasi sempadan Thailand pada hari Sabtu untuk menghadiri perlawanan sabung ayam di ‘kokpit’ Sungai Golok di Wilayah Narathiwat.

'Ayam menang nyawa tergadai', lelaki Malaysia mati ditembak di Thailand

“Dia tidak menghadiri acara perlawanan sabung ayam selama lebih dua tahun kerana wabak Covid-19, sebab itu dia nekad menyeberang ke Thailand secara haram untuk melihat ayam jantannya bersaing.

“Rakan-rakan yang juga turut serta dalam acara tersebut, namun mengambil jalan yang sah dan tiba agak lewat darinya,” lapor The Thaiger.

Dalam perjalanan pulang, dia ditembak oleh sekumpulan warga Thailand dengan tiga das tembakan dan salah satu tembakan telah terkena di bahagian tangan kirinya.

Disebabkan takut untuk mendapatkan rawatan di Thailand, lelaki itu berenang pulang ke Malaysia dan mendapatkan rawatan untuk tangannya yang cedera di sana.

Sumber: Kosmo, The Thaiger

BACA:

Wanita marah terpaksa bayar bil eletrik RM1,500 sebulan selama 5 tahun, rupanya ini yang jadi

Jawatan kosong di MARA gaji sehingga RM9,549, hanya perlu SPM saja

Akhirnya MK K-Clique terus terang, siapa sebenarnya wanita yang ada dihatinya

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] ‘Ayam menang nyawa tergadai’, lelaki Malaysia mati ditembak di Thailand […]