Awas !!! Hujan tak berhenti dijangka bermula 17 Disember

Awas !!! Hujan tak berhenti dijangka bermula 17 Disember

Awas !!! Hujan tak berhenti dijangka bermula 17 Disember. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan utara Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan memaklumkan, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai 17 Disember berdasarkan berdasarkan analisis model-model cuaca.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh 17 hingga 21 Disember 2022.

Awas !!! Hujan tak berhenti dijangka bermula 17 Disember

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada sekiranya perlu.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam siaran di Facebook pada Isnin.

BACA:

Bapa disyaki dera anak hingga mati, tanam tepi jalan

7 lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis, RM80,000 lesap

Kilang baharu Ajinomoto di Negeri Sembilan kini dibuka