Awal tak kalut! Bakal ibu Ini ‘checklist’ barangan penting untuk bawa ke hospital

BAK kata orang, biar bersedia awal, supaya tak kalut.

Bagi ibu-ibu yang sedang berbadan dua, pasti anda sudah mula membeli barangan keperluan bayi ketika usia kandungan berada di trimester pertama secara beransur-ansur.

Ada juga yang mula membeli ketika usia kandungan sudah melepasi trimester kedua.

Awal tak kalut! Bakal ibu Ini ‘checklist’ barangan penting untuk bawa ke hospital

Apabila waktu yang sesuai untuk beli-belah, terpulang kepada bakal ibu asalkan tidak terlalu lewat sehingga kandungan sudah sarat pula.

Pada ketika fasa ‘menunggu masa’ untuk menyambut kelahiran, bakal ibu seharusnya sudah bersedia menyiapkan beg untuk dibawa ke hospital supaya tidak kelam-kabut.

Untuk memudahkan urusan para bakal ibu, di sini kami kongsikan checklist barangan yang perlu dibawa ke hospital nanti sebagaimana perkongsian Facebook, Nuyucama Babystore.

 

Antara barangan penting ibu untuk dibawa ke hospital. 

1) Barangan Ibu

– Buku pink

– Kad Pengenalan

– Telefon Bimbit

– Tuala wanita (maternity pad)

– Tuala mandi

– Kain batik

– Baju berbutang untuk memudahkan menyusu bayi

– Baju sejuk

– Stoking

– Selipar

– Tudung sarung

– Seluar dalam dan baju dalam

– Barangan toiletries

– Minyak panas

baby 3

Lebih mudah sekiranya pakaian bayi disediakan mengikut hari. -Gambar FB Nuyucama Babystore

2) Barangan bayi

– Baju berbutang seeloknya tiga helai

– Mitten dan booties

– Kain lampin

– Selimut kecil

– Barut

– Diapers empat keping

– Tisu basah (wet wipes)

– Tuala kecil

– Barangan mandi

– Minyak telon

Harus diingat ya… barangan untuk dibawa ke hospital tidak sama seperti balik kampung.

Bawa keperluan asas dan perkara penting sahaja. Andai kata tidak cukup, boleh minta suami atau ahli keluarga yang datang melawat untuk bawakan kemudian.

BACA: “Tiap kali ajak tidur di rumah kami, mak abah tak mau, dan bila saja tidur dirumah kami ada je dia tak suka, pernah sekali dia cakap..”