Australia akan guna penanda jalan ‘Glow in the dark’, bantu pemandu waktu malam

Australia akan guna penanda jalan 'Glow in the dark', bantu pemandu waktu malam

Australia akan guna penanda jalan ‘Glow in the dark’, bantu pemandu waktu malam. Semua orang sedia maklum pemanduan pada waktu malam agak mencabar, lebih-lebih lagi apabila memandu di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang kurang baik. Jadi pemandu perlu lebih fokus dan berhati-hati supaya dapat mengelak berlakunya kemalangan.

Bagaimanapun, nampaknya permasalahan itu kini sudah mempunyai jalan penyelesaian apabila sebuah firma pembinaan jalan, Tarmac Linemarking dipilih oleh pihak berkuasa keselamatan pengangkutan jalan VicRoads, bersama-sama dengan syarikat keselamatan permukaan jalan OmniGrip untuk menjalankan ujian tanda jalan bercahaya (glow-in-the-dark) di jalan terpilih sekitar Victoria, Australia.

Garisan di atas jalan itu akan kelihatan seperti biasa pada waktu siang, tetapi apabila waktu malam tiba, garisan itu akan memantulkan ‘cahaya hijau’ terang di sepanjang jalan.

Memetik kenyataan rasmi Regional Roads Victoria, solusi ini dapat memudahkan pemandu melihat penanda garisan atau papan tanda pada waktu malam, jadi ia sangat membantu terutamanya buat orang yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan baharu.

Daripada beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Tarmac Linemarking, walaupun dalam keadaan gelap-gelita, garisan-garisan di atas jalan itu jelas kelihatan dengan penggunaan penanda jalan bercirikan Photo-Luminescent.

Australia akan guna penanda jalan 'Glow in the dark', bantu pemandu waktu malam

Pada awal 2021, sebanyak AUD245 juta (RM768.2 juta) telah didedikasikan kepada Victoria di bawah ‘Program Keselamatan Jalan Raya’ untuk mempercepatkan pelancaran beberapa inisiatif keselamatan jalan raya.

Ia bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa di jalan luar bandar, bahkan menggalakkan perlindungan yang lebih besar untuk pengguna jalan raya yang lebih terdedah, seperti penunggang basikal dan pejalan kaki.

Melalui pembiayaan ini, sebanyak AUD4 juta (RM12.5 juta) dilaburkan untuk pelaksanaan ‘Inovatif Baharu’ di 70 lokasi seluruh wilayah Victoria untuk menambah baik ciri-ciri keselamatan untuk pemandu dan pejalan kaki.

Dalam pakej ‘Inovatif Baharu’ itu, selain penanda jalan ‘glow-in-the-dark‘, dua lagi inisiatif yang bakal dikembangkan; penggunaan manik kaca dan termoplastik yang lebih tebal ditambah pada cat penanda garis untuk memberikan pemantulan lebih baik, serta penggunaan LED pada permukaan jalan yang dapat membantu pejalan kaki menyeberang jalan dengan lebih selamat.

BACA:

Rita Rudaini setia tunggu ‘boyfriend’ call setiap hari

Umum subsidi tapi tak dapat-dapat, baik mansuh sahaja – Penternak

Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai ‘Zul Ariffin 2.0’, tidak malu dukung Scha Elinnea