‘Atuk Baru Meninggal, Cucu Boleh Berjimba Ke Korea… Well Done Daddy’
Perkongsian terbaru Azhar Sulaiman mengenai anak-anaknya,
Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin yang ke Korea bersama ibu mereka mendapat perhatian ramai.
Menurut pelakon itu, dia tidak turut serta bersama keluarganya dan menjaga kucing di rumah seperti kebiasaannya.
Bagaimanapun, ada netizen meninggalkan komen negatif mendakwa anak-anak Azhar tergamak ‘berjimba’ sedangkan datuk mereka baru meninggal dunia.
Bagaimanapun, komennye ditempelak netizen lain yang menjelaskan anak pelakon itu ada aktiviti jamboree di sana dan mungkin sudah dirancang sebelum
arwah datuk mereka meninggal dunia.
Dalam masa sama, netizen kagum dengan anak Azhar yang aktif.
Bapa mentua Azhar yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia pada 8 Julai akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK).