Atuk 73 tahun jadi ‘spiderman’ panjat siling rumah, rupanya ini yang terjadi

Atuk 73 tahun jadi 'spiderman' panjat siling rumah, rupanya ini yang terjadi

Atuk 73 tahun jadi ‘spiderman’ panjat siling rumah, rupanya ini yang terjadi. Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena Hari Malaysia, malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan warga emas itu berjaya dihidu anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) JAHEAIK apabila dia ditahan jam 11.45 malam kerana bersekedudukan dengan seorang wanita berusia 40-an di sebuah rumah di bandar ini.

Ketika disoal siasat, warga emas itu mendakwa ke rumah wanita berkenaan untuk mengutip sewa rumah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata ketika serbuan seorang wanita membuka pintu sebelum anggotanya membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki warga emas memanjat siling rumah.

“Pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Atuk 73 tahun jadi 'spiderman' panjat siling rumah, rupanya ini yang terjadi

“Dalam operasi di hotel bajet sekitar bandar ini pula, lima individu berusia 20-an, termasuk dua pasangan yang berada di dalam sebuah bilik ditahan kira-kira jam 5.10 pagi tadi.

“Dua pasangan yang juga penuntut sebuah kolej itu mendakwa mereka menginap di hotel terbabit untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.

“Terdahulu, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum pasangan itu membuka pintu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, semua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil (1) 2019.

“Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan maksiat,” katanya.

BACA:

Tindakan Maybank sewa 33 tingkat di Menara Merdeka dipertahan jurutera ini

Kereta bertembung dengan trak askar, anggota askar wantaniah maut

[VIDEO] Nyanyian live Fazura raih pujian ramai