Walaupun sudah menjangkau usia 75 tahun, ia tidak menjadi penghalang buat lelaki yang mahu mencari duit demi menyara isteri dan anak istimewa.
Seorang pengguna Twitter, @jenjibam berkongsi kisah mengenai seorang warga emas yang mencari kerja di tempatnya.
“Umur sudah masuk 75 datang minta kerja. Anak 11 orang dengan isteri pertama, semua dah berkeluarga.
“Isteri kedua orang kurang upya (OKU), dapat anak juga OKU. Nak cari duit untuk sara anak dan isteri OKU,” ujarnya.
Pemuda itu turut mempersoal dimana keberadaan anaknya hingga tidak ada yang menolong warga emas tersebut.
“Anak dia yang 11 orang tu aku doakan anak-anak mereka balas balik la. Kau rasa aku bagi kerja ke?
“Pastinya aku sebagai majikan ambil dia kerja. Selagi mana orang tu betul nak kerja, aku macam biasa la sentiasa bagi ruang dan peluang.
“Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik!,” ujarnya.
Tambahnya juga dia berkongsi kisah ini untuk mengingatkan anak-anak tentang pengorbanan ibu bapa.
“Benda aku nak highlight ni bukan part aku bagi kerja tapi jenis anak yang ramai buat tak reti (peduli) kat bapa sendiri.
“Bapa seorang boleh bagi makan kat anak 11 orang. Anak 11 orang tak boleh hulur kat bapak dia seorang sikit. Pakcik tu tahan sebak masa dia cerita.
Tapi tu la, kita sebagai bapak ni kena kental jiwa dan sanubari
“Untuk pengetahuan semua, pakcik ni kahwin kali kedua lepas isteri pertama dia meninggal,” katanya.
Mungkin ada sebab mengapa anak-anak semua buat keputusan sebegitu namun jika bukan kerana ibu bapa maka anda tidak mungkin berada di muka bumi ini.