Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu

Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu

Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu.Semua orang ada impian nak menyimpan duit tapi susah betul nak mula. Bila dah mula, nak kekal consistent pula bukan main susah!

Dua bulan pertama tu korang betul-betul disiplin, masuk bulan ketiga tu terus terlupa lah, kereta rosak lah, bajet lari lah. Macam-macam! Korang tau tak menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 % daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 pun.

Risau weh, nanti dah tua siapa yang susah? Tapi tak apa, jangan risau kami kongsikan di bawah cara pengurusan wang menurut pakar kewangan. Kalau ikut tips ni mesti tak lama lagi korang pun boleh simpan wang dengan betul. So, let’s du-it!

Ada formula untuk korang simpan gaji dengan betul

“Kalau setakat RM50 lebih baik tak payah simpan!”

Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu

Dialog ni memang selalu sangat kita dengar. Ramai berpendapat yang mereka hanya perlu menyimpan jika ada lebihan duit je. Salah tu guys, kalau korang fahami konsep simpanan asas seperti formula uruskan gaji setiap bulan mesti korang takkan cakap macamtu.

Antara peraturan yang boleh dipertimbangkan adalah menyimpan 10% daripada gaji. Betullah, lebih banyak memang lebih baik, tapi menyimpan sedikit tu kan lebih baik daripada tidak menyimpan langsung?

Sekali sekala boleh la “keep the change”..

Tak salah pun nak suruh juruwang ‘keep the change’ tapi tak perlu lah hari-hari. Korang tau tak yang baki tu korang boleh masukkan ke dalam tabung yang korang sediakan khas untuk baki sahaja.

Seronok tau bila tengok lama-lama tabung tu makin berat walaupun korang hanya masukkan 10 sen, 20 sen atau 50 sen je setiap hari.

Jadi lebih berdisiplin!

Nampak mudah betul tapi sebenarnya kalau tak betul-betul fokus dan berdisiplin mesti tak menjadi.

Disiplin yang tinggi merupakan asas terpenting dalam mencapai kejayaan penyimpanan wang. Penyimpanan secara konsisten dapat mencapai matlamat penyimpanan wang dengan baik. Korang kena kuatkan hati dan be firm kata orang! Walau apa pun berlaku kena juga simpan duit walaupun amaun yang berbeza setiap bulan!

Pastikan korang menabung di saluran yang betul

Tak semestinya korang kena simpan dekat bank je tau! Ada saluran lain yang korang boleh pilih dan antara tempat yang paling selalu menjadi pilihan ialah di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bukan sahaja mempunyai pelbagai manfaat, ia juga menawarkan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding bank lain.

Tak percaya? Korang dah dengar tak kadar dividen dari KWSP tahun ni?

KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk simpanan Konvensional dan 5.65% untuk Simpanan Shariah untuk 2021!

Best kan? Dividen ni akan menambah simpanan sedia ada dalam akaun korang.

Bukan itu sahaja, antara manfaat lain yang KWSP tawarkan ialah pelepasan cukai pendapatan serta bantuan khairat kematian.

Ha kan mudah tu, simpan wang di KWSP dan setiap tahun akan ada penambahan extra dari KWSP. Tempat yang perfect untuk korang menabung! Siapa nak tambah-tambahkan simpanan korang lagi weh, tak ada orang nak tambah. Baik korang simpan di tempat yang dipercayai dan boleh ‘grow’ sendiri!

Jangan risau kalau korang dah keluarkan wang simpanan KWSP haritu, asalkan korang kembali mencarum dengan lebih konsisten, simpanan masa depan persaraan korang akan kembali pulih!

Yang penting, kena mulakan sekarang! Jangan tangguh lagi. Jom simpan wang korang dengan cara yang betul mulai hari ini!

BACA:

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

Jimat dan kemas : Guna PVC Edging balut pintu pagar

Didakwa terlalu seksi, ini jawapan Emma Maembong