Artifak kuno 6000 tahun ditemui dalam perut buaya ini

Artifak kuno 6000 tahun ditemui dalam perut buaya ini

Artifak kuno 6000 tahun ditemui dalam perut buaya ini. Seorang lelaki telah membuat penemuan bersejarah apabila menemukan artifak berusia sekitar 6000 tahun dalam perut seekor buaya berukuran lebih kurang 13 kaki atau 3.9 meter.

Lelaki yang dikenali sebagai Shane Smith yang juga merupakan seorang pemburu buaya menemui artifak bersejarah itu ketika membeIah perut buaya yang dibawa oleh rakannya, John Hamilton.

Ketika memproses buaya tersebut, Shane Smith telah menemui artifak berupa anak panah yang dipercayai digunakan oleh suku pribumi Amerika pada 5000 hingga 6000 tahun lampau.

Shane yang terkejut dengan penemuannya menyangka (kepala) anak panah itu terlekat pada badan haiwan lain sebelum haiwan itu dimakan oleh buaya berkenaan.

Walaubagaimanapun, pendapat itu disangkal oleh seorang ahli geologi yang percaya anak panah itu merupakan objek tunggal yang terjatuh di tanah sebelum dimakan oleh buaya itu. Hasil pemeriksaan ahli geologi itu juga memberitahu usia artifak itu adalah di sekitar 5000 – 6000 tahun.

Artifak kuno 6000 tahun ditemui dalam perut buaya ini

Penemuan itu dikongsikan di laman facebook Red Antler dengan status seperti berikut:

“Kami membelah buaya ini untuk melihat apa yang ada di dalam perutnya. Buaya yang dibawa John Hamilton hari ini memberi kejutan terbesar tahun ini ”

Menurut Shane, dia kemungkinan adalah orang pertama di dunia yang menarik keluar anak panah dari dalam perut buaya.

Artifak (kepala) anak panah yang dipercayai digunakan pada sekitar 5000 – 6000 tahun lampau

Menurut pakar sejarah pula, artifak (anak panah) itu adalah digunakan oleh suku pribumi Amerika untuk menangkap ikan pada zaman lampau.

BACA:

Penerbit Gadis Jolobu saman Youtuber, dakwa ada adegan lucah

Jawatan kosong Pembantu Penyelidik di SIRIM Berhad, mohon sekarang

Kuliah subuh bising, lelaki mengamuk rampas mikropon penceramah