“Apalah nasih..”, Baru nak berjinak jadi tokan dadah dah kena cekup polis

Baru setahun jagung, sudah pandai buat onar.

Usaha sepasang kekasih Siam & Melayu untuk memulakan ‘karier’ sebagai tokan dadah di sekitar Langkawi gagal selepas tindakan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa.

Menurut satu kenyataan di halaman Facebook Polis Langkawi, pasangan tersebut ditahan pada 14 Jun (semalam), sekitar pukul 10.47 pagi selepas didapati kelihatan mencurigakan di tepi jalan kawasan perumahan Taman Dahlia, Mukim Kuah, Langkawi.

“Suspek lelaki yang merupakan warganegara Thailand beserta teman wanitanya perempuan Melayu dikatakan baru berjinak-jinak menjadi pengedar dadah di Langkawi.

“Hasil tangkapan tersebut berjaya menemukan satu (1) paket plastik lut sinar, di dalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin (dengan) anggaran berat 21.45 gram,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek tersebut ditangkap di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 195 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sejumlah barang milik pasangan terbabit yang dirampas pihak berkuasa. Foto: FB Polis

Baca juga:Harga paling murah pun RM2.08 Juta, benda ini rupanya yang buat Rolls Royce jadi mahal