Samalah macam ketawa “ha ha ha,” walaupun secara dasarnya, ketawa sepatutnya menunjukkan reaksi suka, tapi jika anda ketawa dengan nada dan muka sedih orang lain akan faham bahawa anda sedang bersedih.
Jika anda ketawa diiringi muka bengis dan brutal, individu lain akan faham bahawa anda sedang cuba menggambarkan perasaan marah, atau cuba menakutkan orang.
Kalau kita lihat ada juga video-video prank membisikkan perkataan chupapi munyanyo sambil menyampaikan mesej cinta atau suka. Maka individu yang menerima mesej itu akan merasa seolah-olah menerima perkataan “I Love you,”
Tidak kurang juga ramai yang memuat naik video prank menyebut perkataan chupapi munyanyo kepada orang yang tidak dikenali. Mereka tahu orang tidak faham apa maksud perkataan itu, jadi tujuannya untuk melihat reaksi orang, dan dijadikan ‘content’ lucu dalam TikTok.
Saya tak pasti mungkin satu hari nanti perkataan chupapi munyanyo ini akan diberikan definisi secara khusus seperti perkataan-perkataan baru yang muncul sebelum ini.
Bahasa pertuturan sememangnya sering mengalami evolusi sedikit demi sedikit, lebih-lebih lagi di zaman media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok semakin menjadi kegilaan orang ramai tidak kira bangsa, agama, umur dan latar belakang.