“Apa Kelayakan Anne Ngasri? dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara

Umum tahu Datin Anne Ngasri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara, baru-baru ini.

Pengerusinya Musa Sheikh Fadzir berkata pelantikan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah kira-kira dua minggu lalu..

"Apa Kelayakan Anne Ngasri? dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara

Jengah di media sosial, ramai juga yang mempersoalkan pelantikan Exco Wanita UMNO itu dalam institusi di bawah MARA tersebut.

“Kesian pada orang yang ada kelayakan yang sepatutnya.

“Last-last artis gini diangkat dalam bidang pendidikan. MARA pula tu.

“Apa kelayakan yang dia ada untuk pegang jawatan ni ya?,” persoal seorang pengguna.

Tambah individu itu lagi, dia mendakwa Anne lebih sesuai sekiranya diberi peluang untuk berkhidmat di institusi seni berbanding pendidikan.

“Nanti bila orang kata institusi MARA dah tak ada mutu, marah lah pula karang.

“Is she qualified for that post?

“Dia ni orang seni, mungkin boleh ke institusi seni lebih sesuai. Contohnya sekolah seni atau ASWARA. Baru lah relevan,” tambahnya.

Rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi terhadap pelantikan Anne yang popular dengan drama Cili Padi ketika zaman kanak-kanaknya.

Terdahulu Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkongsi berita baik beliau “menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara’ di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

Anne mula bergiat dalam politik sejak 2013 dan pernah menjadi exco Puteri Umno sebelum memenangi salah satu kerusi Wanita UMNO pada pemilihan Umno, Mac lalu.

Anne mendirikan rumah tangga dengan Mohd Sumali Reduan yang juga setiausaha kerja UMNO.

BACA: Wanita jerit minta tolong dan nekad terjun dari kereta selepas ‘Dilarikan’ pemandu E-Hailing, rupanya ini yang berlaku