“Apa agaknya rasa dia?”- Wanita terkejut customer order Nasi Lemak milo tabur

Pelbagai kombinasi makanan yang kelihatan aneh atau pelik bagi orang lain sering kali menjadi kegemaran di lidah kita, walaupun terkesan tidak lazim.

Inilah yang diterangkan dalam kenyataan tersebut ketika viral sebuah video yang memaparkan seorang individu

Menggunakan perkhidmatan pesanan atas talian untuk memesan kombinasi makanan yang kelihatan tidak masuk akal.

"Apa agaknya rasa dia?"- Wanita terkejut customer order Nasi Lemak milo tabur

Dalam video yang dikongsikan oleh @shaheeraazhar_, individu tersebut bekerja di sebuah restoran yang menerima pesanan secara atas talian.

Pada mulanya, pesanan itu nampak seperti biasa, tetapi terdapat catatan di mana pelanggan meminta untuk menaburkan serbuk Milo ke atas nasi lemak sehingga seluruh hidangan itu tertimbus oleh serbuk tersebut.

@shaheeraazhar_kene repost . 🤣

♬ original sound – shaheera azhar 🖤

Apa yang menyentuh hati, pekerja restoran tersebut awalnya bimbang jika ada kesilapan dalam membuat pesanan tersebut. Namun, setelah diperhatikan, ternyata pelanggan itu benar-benar ingin serbuk minuman itu di atas nasi lemaknya.

Lebih menarik, terdapat video lanjutan yang memaparkan betapa teruja pelanggan tersebut menerima nasi lemak Milo tabur dan menikmati hidangan itu dengan penuh selera.

Kejadian itu tentu membuat ramai netizen terhibur, yang kebanyakan rasa ingin tahu dan bertanya-tanya bagaimanakah rasanya kombinasi makanan tersebut.

Bagaimanakah sebenarnya rasanya nasi lemak campur Milo?

BACA: Pemandu ambulans dakwa terakam video dipercayai puntianak raih perhatian netizen