Anwar singkap pengalaman kesnya tak ditangguh walaupun peguamnya meninggal dunia

Pengampunan : Ini nasihat Anwar kepada Najib

Anwar singkap pengalaman kesnya tak ditangguh walaupun peguamnya meninggal dunia. DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan situasi perbicaraan kes beliau dan kes Datuk Seri Najib Razak adalah tidak sama.

Tegas Presiden PKR itu, apa yang berlaku pada 2016, beliau tidak dibenarkan untuk menangguhkan kesnya biarpun Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan meninggal dunia dan perlu diganti.

Selain itu kata Anwar, perkara sama berlaku ketika hari keputusan rayuan, beliau terus dihukum ke penjara tanpa ada penangguhan.

“Semasa Datuk Seri Najib jadi perdana menteri, saya juga disumbatkan ke penjara. Masa itu kebetulan Karpal Singh ketua pasukan peguam saya meninggal dunia.

“Jadi kita minta tangguh kerana kita terpaksa lantik… bukan soal ambil, kemudian cara taktik nak lengahkan, buang, kemudian ambil pasukan lain, kemudian ambil peguam lain, kemudian ambil taktik buang, tidak, ini memang mati, bila mati harus diganti.

“Tidak ada penangguhan, jalan terus. Malah hari dihukum, ini boleh tanya Datuk Seri Najib, kerana esoknya itu penamaan calon untuk PRK DUN Kajang, maka selesai jam 5, hari itu juga masa rayuan pertimbangan 6.30 atau 6.45 buat keputusan,” katanya dalam satu klip video yang disiarkan di media sosialnya.

Beliau menjelaskan ketika kesnya pada 2008 dan 2016, pasukan peguamnya tidak pernah berdolak dalih untuk menarik diri atau meninggalkan kes.

Anwar juga menegaskan untuk penyokong Najib menganggap tidak ada apa-apa berlaku dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu adalah tidak munasabah.

“Untuk menganggap tidak ada apa-apa berlaku itu tidak munasabah, wang hilang berbilion ringgit, berlian intan permata dibeli.

“Ratusan juta ringgit, belanja di sana sini, kapal dan sebagainya… itu bukti nyata, bagaimana kita boleh kata tidak apa-apa yang berlaku,” katanya lagi.

Najib kini di peringkat rayuan akhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

BACA: 

Mahkamah dikejutkan dengan kehadiran peguam baru pula cuba wakili Najib

“Perform bagai nak rak, tapi penonton macam tak layan”