Anwar kini sah jadi adik ipar Jokowi

Anwar kini sah jadi adik ipar Jokowi. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Anwar Usman secara rasmi menjadi adik ipar Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas melangsungkan pernikahan dengan Idayati.

Lapor CNN Indonesia, majlis perkahwinan mengikut adat Jawa itu berlangsung di Graha Saba Buana, Solo, Jawa Tengah, hari ini.

Pernikahan bermula dengan proses pasrah tampi apabila keluarga pihak lelaki menyerahkan Anwar kepada keluarga Idayati.

Selepas itu, akad nikah dijalankan dengan Jokowi menjadi wali kepada pengantin perempuan.

Pihak keluarga menyediakan mas kahwin kelengkapan alat solat dan sebuah jam tangan yang dibayar secara tunai.

Anwar kini sah jadi adik ipar Jokowi

 

BACA:

Zuraida bakal dinobat jadi Presiden PBM?

14 letupan menakutkan di Tak Bai, ini punca sebenarnya

Penguatkuasa terkejut temui bangkai tikus besar di kilang kopi terkenal

COMMENTS

Wordpress (0)