Anwar gesa budaya beri hadiah kepada PM dihentikan

Anwar gesa budaya beri hadiah kepada PM dihentikan

Anwar gesa budaya beri hadiah kepada PM dihentikan. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memberikan sebarang cenderahati kepada beliau, sekali gus meminta budaya itu dihentikan.

Perdana Menteri berkata, beliau hargai niat baik semua, namun menegaskan bahawa budaya memberikan cenderahati itu tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian melalui Twitter dan Facebook hari ini.

Anwar gesa budaya beri hadiah kepada PM dihentikan

Sebelum ini, Anwar turut menolak untuk menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang disediakan untuk kegunaannya oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kenderaan itu katanya dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri, dengan langkah itu diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan dan menitahkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk.

BACA:

Adun DAP mohon maaf kepada Ketua Pembangkang

Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju

Nora sebak terima diploma bagi pihak arwah anak