Anwar arah cari penjawat awam rosakkan nama jabatan, tiada kenaikan gaji

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua penjawat awam untuk memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Perdana Menteri menegaskan bahawa mereka yang terbukti malas, cuai, atau tidak hadir kerja tidak akan layak

Menerima layanan yang sama, termasuk mendapat kenaikan gaji.

“Sebagian besar guru, mungkin lebih daripada 90 peratus, menjalankan tanggungjawab mereka di sekolah. Tetapi ada juga guru yang cuai atau tidak hadir kerja.

Masalah yang sama berlaku di jabatan lain.

Anwar arah cari penjawat awam rosakkan nama jabatan, tiada kenaikan gaji

Terdapat segelintir individu yang terlibat dalam rasuah atau tidak hadir kerja… pelbagai masalah. Adakah kita perlu memberikan layanan yang sama kepada mereka?

“Saya menjawab tidak. Kita tidak akan memberikan layanan yang sama. Oleh itu, sementara kita memperkenalkan anjakan radikal dalam pengiktirafan dan ganjaran kepada penjawat awam

saya meminta agar semua individu mengawal diri mereka sendiri dan juga jabatan mereka. Kenal pasti orang yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau menyampaikan amanat tersebut semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

BACA: