Anwar ambil gaji Menteri Kewangan? Ini fakta sebenar

Anwar ambil gaji Menteri Kewangan? Ini fakta sebenar. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Ujar beliau, dakwaan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan itu adalah tidak benar.
“Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja.
“Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekali gus,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi pada Isnin.
Pada 24 November, Anwar dalam sidang medianya sebagai Perdana Menteri, mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan berkenaan.
Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap pimpinannya.
Pada Isnin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet bersetuju untuk melakukan potongan gaji sehingga 20 peratus.
Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas kabinet yang berlangsung pada pagi Isnin.
Menurutnya, pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas ekonomi kembali pulih.
Mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini.
Jemaah menteri bersetuju sebulat suara kepada pemotongan sebanyak 20% gaji selama mana ekonomi terus lembab dan merosot, dan ini merupakan ikrar saya saat berkempen pada PRU15. pic.twitter.com/320xHapJ2R
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 5, 2022
BACA:
Anwar ambil gaji Menteri Kewangan? Ini fakta sebenar
Suara misteri tiba-tiba muncul dalam rakaman video waktu lawat rumah Mahsuri
Dian P.Ramlee pernah dianggap janda kerana tak pernah kongsi wajah suami