Annuar Musa masih tidak tahu status pemecatan dirinya

Annuar Musa masih tidak tahu status pemecatan dirinya

Annuar Musa masih tidak tahu status pemecatan dirinya. “Saya tak dengar apa-apa berita.” Demikian komen ringkas Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau dipecat menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Annuar yang baru tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) terus meninggalkan kumpulan media dan menaiki kereta keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Ahmad Zahid khususnya berkaitan usaha jajaran baru yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Annuar Musa masih tidak tahu status pemecatan dirinya

Dalam mesyuarat malam tadi, selain Annuar, dua lagi pemimpin akar umbi yang dipecat ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin serta Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah sebelum ini digantung sementara seluruh jawatan mereka atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung, menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu susulan pemecatannya, Annuar memuat naik status dengan menyifatkan Umno kini diibaratkan sebuah rumah pusaka yang sedang terbakar hingga menyebabkan ramai penghuninya lari, tetapi mereka yang berusaha memadam kebakaran itu ditarik keluar.

Annuar dalam perkongsian di Facebook pagi ini, memberi isyarat terhadap kekecewaan itu sambil berkongsi gambar membantu kempen BN bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

BACA:

Definisi B40, M40, T20 perlu dibuat semula, realiti semasa sudah berbeza

Aktiviti kunci tayar di Kota Bharu dihentikan serta merta susulan keputusan mahkamah

Pemimpin Umno saling bertukar kisah mimpi