Annuar Musa mahu Ismail Sabri diangkat Pengerusi BN, ganti Zahid

Annuar Musa mahu Ismail Sabri diangkat Pengerusi BN, ganti Zahid. Annuar Musa mencadangkan supaya Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini digalas oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut mencadangkan Ismail dilantik sebagai pengarah utama jentera pilihan raya BN.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya YAB Perdana Menteri turut diberi amanah sebagai pengerusi Barisan Nasional dan pengarah utama jentera pilihan raya BN.

Katanya, sebagai calon perdana menteri, Ismail perlu diberi ruang seluasnya untuk mencorak pentadbiran.

Annuar mengemukakan cadangan itu selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam sebulat suara mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ismail perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa ‘order baru’ politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti dan mampu memulihkan negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Annuar juga mengucapkan tahniah kepada Zahid dan barisan kepimpinan MKT atas keputusan semalam.

“Keputusan ini membolehkan Ismail menumpukan perhatian dan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mengembalikan semula kekuatan Umno serta memulihkan keyakinan rakyat.

“Saya percaya keputusan ini disambut dengan penuh kesyukuran,” katanya.

BACA:

Update terbaru, ini tarikh bayaran KWSP khas ke Bank masing-masing

Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, “dah macam adik hantar abang masuk asrama”

Lelaki sanggup terima 90 dos suntikan vaksin Covid-19, sekali ini yang jadi

COMMENTS

Wordpress (0)