Annuar Musa dedah segalanya kepada SPRM isu ‘dana’ dari Muhyiddin

Annuar Musa dedah segalanya kepada SPRM isu 'dana' dari Muhyiddin

Annuar Musa dedah segalanya kepada SPRM isu ‘dana’ dari Muhyiddin. Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dua tahun lalu.

Annuar berkata, beliau sudah pun memberitahu cerita sebenar kepada SPRM berhubung perkara itu.

“Saya sebenarnya sangat lega sekali…kerana fitnah di luar itu tidak dapat saya kawal.

Annuar Musa dedah segalanya kepada SPRM isu 'dana' dari Muhyiddin

“Jadi, bila SPRM panggil, saya sangat suka hati dan memberitahu semua jalan cerita sebenar yang saya lalui. Saya akan terus beri kerjasama, itu tanggungjawab saya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Annuar sebelum ini mendakwa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika PRN Sabah pada 2020.

Pada 21 November lalu, tular video yang dimuat naik ke TikTok, yang mana Annuar mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah.

Dalam video berkenaan, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa, pada pertemuan itu beliau diberi ‘berpuluh juta’ ringgit oleh Muhyiddin untuk PRN Sabah.

BACA:

Doktor gigi mampu beli kereta import cash, rupanya ini aktiviti haramnya

Dana Covid-19 : 8 agensi & 9 syarikat diserbu SPRM, Muhyiddin menyusul

Nasi lemak paling mahal didunia, tengok harga pun boleh pitam