Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, “dah macam adik hantar abang masuk asrama”

Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, “dah macam adik hantar abang masuk asrama”.Video Datin Anne Ngasri Menghantar Anak Lelakinya, Abdul Warits Ke Kolej Yayasan Saad Melaka Cur1 Perhatian Ramai. Comel Macam Adik Dengan Kakak Je Anak Beran4k Ni. Good Luck Warits !!

Siapa tidak kenal dengan nama pelakon Datin Anne Ngasri. Mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak masih kecil, drama Cili Padi masih segar dalam ingatan peminat. Bergelar ibu kepada 6 orang anak, Datin Anne tetap nampak muda remaja.

Meninjau akaun Instagram Datin Anne Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika anak sulungnya, Abdul Warits bersiap untuk dihantar ke pusat pengajian sehingga selesai urusan pendaftaran.

Warits yang menyambung pelajarannya di Kolej Yayasan Saad Melaka kelihatan bersalaman dan berpel0kan dengan adik-adiknya yang lain. Setelah itu, Datin Anne menghantar dan menguruskan pendaftaran serta kemasukan Warits ke asrama.

Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, "dah macam adik hantar abang masuk asrama"

Melihat akan Datin Anne dan Warits, seperti adik dengan kakak sahaja. Manakan tidak, Warits sudah tinggi lampai sekarang. Kata Datin Anne, ianya keputusan yang sukar untuk berp1sah dengan anak namun demi masa depan Warits, ianya perlu dilakukan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Datin Anne ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” ALL THE BEST WARITS .. sapa-sapa kac4u jangan panggil mama just call aunty Fara or aunty Darling.. “

” All the best Warits, goodluck. Stay strong mama. Btl3 awet muda keluarga anne nie ye? Bell pun sama.. muda je muka dr zmn cili padi.. “

” Ni macam adik adik hantar abang masuk asrama hehe. Awet mudalah Anne ni, macam belasan tahun je tengok. All the best Warits.. “

” Kak anne yang nak daftar sekolah ke tu. Macam kakak dengan adik je ni, comel je.. Good luck warits dan tahniah datin anne sekeluarga.. “

” Dah besar anak Anne, tahniah ye Warits. Alamak mata masuk air lak tengok, semoga dipermudahkan segala urusan buat Warits.. “

” Mamanya comel macam student form 5 je ni. Look young selalu, baby face. Macam mama dia yang nak masuk sekolah hehe.. “

” Besar dah anak anak Anne. Tinggi mengalahkan mama dia. Anne masih lagi nampak macam kanak kanak dari dulu sampai sekarang. Awet muda betul.. “

” Terharu tengok, semoga Datin Anne dan Warits kuat. Macam adik beradik je tengok, Anne tak dimakan usia la.. “

Hati seorang ibu memang begitu lah jika perlu berp1sah dengan anak, namun pasti ada kebaikan untuk semua ini. Semoga Warits cepat menyesuaikan diri di tempat baru dan belajar bersungguh-sungguh serta membanggakan keluarga kelak.

BACa:

Rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM, wanita ini dikecam orang ramai

Kantoi pelitup muka Jovian terputus masa ‘live’, netizen kecam kualiti mask kayangan

Padah tolak ajakan wanita buat hubungan intim, suami isteri kena serang dengan pedang samurai