Anjing kejar laju tuannya selepas kena buang di lebuhraya

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin mampu membeli baka haiwan peliharaan yang berharga mahal atas dasar hobi atau geram melihat kecomelannya. Pun begitu, tidak semua orang mampu membela binatang dengan penuh kasih sayang untuk tempoh yang lama.

Habis madu sepah dibuang, ada yang tergamak membuang haiwan mereka ke tempat-tempat tidak wajar kerana sudah tiada hati untuk menjaganya lagi.
Kereta depan tinggalkan anjing mereka

Mungkin itulah kata-kata yang terlintas di kepala saat menyaksikan sebuah video tular ini. Seorang individu yang sedang memandu di sebuah lebuhraya telah menyaksikan situasi sedih tatkala seekor anjing putih ditinggalkan oleh tuannya di atas jalan besar itu.

Daripada cara lariannya sahaja cukup untuk menggambarkan betapa ia seakan berharap untuk dikutip semula.

Anjing masih mengejar laju kereta tuannya seolah enggan ditinggalkan

Dengan cukup laju, haiwan yang cukuo dikenali dengan sifat setia itu mengejar semula kereta tuannya tanpa erti lelah. Namun apakan daya, langkahnya semakin jauh tertinggal sebelum kereta putih berkenaan semakin menghilang di hadapan.

Kau bela dia, bagi dia kasih sayang, makanan & rumah lalu kau tinggalkan dia?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kesal dan sedih mengenangkan nasib anjing malang tersebut. Mereka juga mempertikaikan tindakan empunya anjing yang tidak memikirkan keselamatan haiwan itu selepas ini.

KREDIT : IG verdantviewssedigh

Baca: Tak sangka ini yang anak saudara Tokti buat sampai harumkan nama negara