Anggota bomba teruk kena maki, puncanya buatkan netizen geram

Anggota bomba teruk kena maki, puncanya buatkan netizen geram. Satu rakaman video seorang pemandu didakwa menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota bomba yang mengejutkannya dari tidur dalam kereta tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1.28 minit itu, lelaki berkenaan dipercayai tertidur di dalam keretanya di sebuah persimpangan lampu isyarat menyebabkan orang ramai menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, selepas pintu kereta berjaya dibuka, pemandu kereta bertindak mengeluarkan kata-kata lucah terhadap anggota bomba yang mengejutkannya daripada tidur.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut berikutan kelakuan biadapnya terhadap pihak bomba yang membantunya.

Pemilik akaun Facebook Utara Selatan berkata, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut sebagai pengajaran.

Anggota bomba teruk kena maki, puncanya buatkan netizen geram

“Harap pihak berkuasa ambil dan bawa beliau tidur di hotel Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk semalam dua,” katanya.

Anuar Omar pula berkata, pemandu itu patut diserahkan kepada pihak polis kerana membahayakan lalu lintas dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam bertugas.

Suraya Marhom pula percaya lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dan perbuatan memandu ketika mabuk boleh membawa bencana kepada pemandu lain. – KOSMO! ONLINE

https://www.facebook.com/173272483387403/videos/478915990700061/?t=86

BACA:

Gadis kongsi pengalaman bertemu jodoh kerana resit

Reaksi bakal mak mertua cuit perhatian ramai bila pengantin lelaki sahkan akad nikah sendiri

Ahli Arkeologi terkejut jumpa syiling emas dalam batang paip kapal lama

COMMENTS

Wordpress (0)