Anda boleh left group whatsapp tanpa disedari ahli yang lain

Anda boleh left group whatsapp tanpa disedari ahli yang lain. Akhirnya, ciri untuk keluar daripada kumpulan atau ‘group’ dalam WhatsApp secara diam-diam telah mula dibangunkan.

Menurut laporan WABetaInfo, fungsi ini sekarang diuji pada WhatsApp Desktop dan akan hadir ke versi Beta di Android dan iOS pada masa akan datang.

Dengan ciri baharu ini, tindakan pengguna yang keluar daripada kumpulan hanya akan dimaklumkan kepada pentadbir atau ’admin’ kumpulan sahaja.

Justeru, tiada pemberitahuan untuk semua ahli di bahagian ‘chat’ seperti sekarang.

Terdahulu, WhatsApp telah melepaskan ciri memberi reaksi untuk mesej perbualan dan sokongan penghantaran fail sehingga 2GB serta ahli kumpulan seramai 512 orang.

Anda boleh left group whatsapp tanpa disedari ahli yang lain

BACA:

Kenaikan OPR tidak bebankan peminjam, kata Menteri Kewangan

Anggota bomba teruk kena maki, puncanya buatkan netizen geram

Ramai terpegun lihat kecantikan anak Eizlan Yusof

COMMENTS

Wordpress (0)