Anak Rosmah setuju dengan keputusan mahkamah, minta orang ramai hormat

Anak Rosmah setuju dengan keputusan mahkamah, minta orang ramai hormat

Anak Rosmah setuju dengan keputusan mahkamah, minta orang ramai hormat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak.

Percaya fakta dan kebolehan badan kehakiman

Susulan keputusan itu, anak kepada Rosmah iaitu Datin Azrene Ahmad yang merupakan isteri cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil bersuara di Instagram (IG) miliknya.

Menurut Azrene, keputusan penjara dan denda yang dibuat hakim mahkamah ke atas ibunya adalah tepat dan perlu dihormati.

Bagi saya, mahkamah telah membuat satu lagi keputusan. Bagi saya, mereka telah membuat keputusan yang betul. Itulah yang perlu kita hormati.

Anak Rosmah setuju dengan keputusan mahkamah, minta orang ramai hormat

Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.

Sebagai seorang anak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir.

Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah terutama apabila ia berkaitan dengan pemimpin walaupun mereka adalah keluarga.

Tidak akan sesekali menyimpang

Tambah Azrene, dia akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana itu merupakan tanggungjawab sebagai manusia dan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Azrene yang merupakan anak hasil perkahwinan pertama Rosmah menyatakan dia akan terus menitipkan doa buat kedua ibu bapanya dan mengharapkan yang terbaik.

Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.

Jika gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

BACA:

Influencer terkejut terima hadiah Lamborghini Huracan

Ramai tegur tema kartun majlis birthday anak Wawa, Aeril

Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen