Anak perempuan umur 12 mati lemas dalam sungai

Anak perempuan umur 12 mati lemas dalam sungai

Kegembiraan lima sekeluarga mandi sungai di belakang rumah mereka di Kampung Pendek, di sini berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan lemas.

Mangsa, Aina Maisarah Hashim, 12, ditemui penduduk kampung di dasar sungai pada jam 7.25 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Pegawai Bomba Kanan I, Zainal Fitri Husain, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.20 malam mengenai kejadian itu.

Enam anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba pada jam 7.30 malam, pihaknya mendapati mangsa sudah ditemui penduduk kampung.

“Pemancing yang menyelam mencari mangsa menemui mayatnya di dasar sungai sedalam hampir empat meter. Anggota kami cuba melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: BH

COMMENTS