Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar,
Kedah pada jam 9.23 malam tadi selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.
Timbalan Presiden AMANAH itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam anak iaitu empat lelaki dan dua perempuan.pemergian abadi sang ayah.
8 lebih pagi: saya, mak dan kakak tidur di bilik on-call Hospital Sultanah Bahiyah untuk berada dekat dengan ayah. Kemudian, doktor menghubungi ahli keluarga untuk sign borang persetujuan bagi post-operation scan ayah. Saya bergegas ke unit ICU untuk sign borang tersebut. Masa tengah sign, saya terserempak dengan ayah yang sedang ditolak masuk kembali ke unit ICU.
10 lebih pagi: doktor panggil kami sekeluarga ke bilik konsultasi untuk menerangkan keputusan scan ayah. Setelah semua tiba, doktor mulakan dengan menerangkan keadaan otak ayah sebelum pembedahan yang mana terdapat pembuluh darah di otak menggelembung (aneurisma). Apabila pembuluh darah tersebut pecah, doktor mengambil keputusan untuk buat pembedahan serta-merta dan ayah terpaksa ditidurkan.
Doktor kemudiannya tunjukkan kepada kami video semasa pembedahan dilakukan.
Semasa selaput otak dibuka, darah terus terpancut keluar drpd otak ayah. Ayah kehilangan 3.5 liter darah. Pembedahan tersebut berjaya menghentikan pendarahan otak ayah.
Kemudian, doktor secara hemat dan berhati-hati terangkan kepada kami keputusan scan selepas pembedahan yang mana keadaan otak ayah telah mati “brain death”. Ayah hanya survived bergantung pada mesin dan ubat. Kami sekeluarga kaget dan menangis. Berita yang amat memilukan dan menyakitkan.
Doktor minta kami buat keputusan sama ada untuk hentikan ubat dan mesin sokongan atau hendak buat 2 ujian bagi pengesahan mati otak. Kami masih tidak bersedia untuk melepaskan ayah dan masih ingin luangkan masa bersama ayah. Kami membuat keputusan untuk doktor lakukan 2 ujian tersebut. Kemudian, kami meminta ruang untuk utamakan ahli keluarga bersama ayah.
3.00 ptg: ujian pertama dilakukan. Saya masuk ke bilik ICU sambung baca yasin untuk ayah dengan kakak dan adik. Sejak pagi, kami tidak tinggalkan ayah bersendirian. Nurse masuk ke bilik ICU untuk cek ubat ayah dan jelaskan kepada kami yang ujian pertama baru sahaja dilakukan dan ayah disahkan telah mati otak. Kami angguk tanda faham walaupun pahit.
Kami teruskan baca yasin dan berdoa. Kami tidak lagi berdoa untuk Allah pulangkan ayah kepada kami. Kami berdoa untuk Allah permudahkan perjalanan ayah. Kami peluk, cium, pegang erat tangan ayah. Pertama kali dalam hidup, itulah momen kami dapat belek dan mengamati tubuh ayah.
4.00 ptg: saya berada di ruang legar ICU dan kemudian abang menarik saya ke tepi berbisik sudah masanya untuk kami bincang dan putuskan nak kebumikan ayah di mana dan bagaimana nak bawa pulang ayah. Saya menangis teresak-esak lalu abang memeluk saya dan kami berdua menangis.
“Inilah yang terbaik buat ayah. Kita kena redha”.
5.00 ptg: kami sekeluarga berbincang dan memutuskan untuk bawa ayah pulang ke Johor.
Saya masuk semula ke bilik untuk bersama dengan ayah dan teruskan membaca yasin buat ayah. Kami termenung lihat sekujur tubuh yang dalam minda kami dia adalah seorang yg kuat, tidak pernah sakit sehingga dimasukkan ke hospital. Air mukanya seperti biasa kelihatan tenang.
Saya cium dahi dan pipi ayah dan dakap ayah erat. Kemudian saya pulang ke bilik on call untuk mandi memandangkan perjalanan yang bakal kami tempuh pada malamnya dan esoknya adalah perjalanan yang panjang.
7.00 ptg: saya masuk semula ke bilik ayah dan teruskan baca yasin dan berdoa untuk ayah.
8.00 mlm: kami semua berada bersama ayah. Kami bacakan yasin buat ayah. Kami mula mengimbau memori manis bersama ayah.
9.00 mlm: pasukan doktor masuk untuk membuat ujian kedua. Kami perhatikan daripada luar bilik. Kemudian, kami sekeluarga diminta untuk tunggu di bilik konsultasi.
9.30 mlm: doktor masuk dan mengesahkan ujian tersebut positif mati otak. Dan doktor mengumumkan waktu kematian ayah pada 9.23 mlm iaitu setelah ujian kali kedua dibuat dan selesai.
10.00 mlm: mesin ditutup dan dicabut. Kami lihat dada ayah secara perlahan-lahan terhenti. Kami bimbing ayah untuk mengucap walaupun dalam keadaan ayah tidak sedar.
11.00 mlm: ayah dimandikan dan kami semua turut mandikan ayah. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
Ayah disolatkan di masjid berdekatan sebelum berangkat pulang.
Kami menaiki pesawat khas yang disediakan untuk membawa pulang ayah.
24.7.2023
2.00 pagi: kami sampai di lapngan terbang Senai dan pulang ke kampung. Ayah dibawa naik ke rumah nenek untuk ibunya dan seluruh ahli keluarga membuat penghormatan kali terakhir.
7.00 pagi: saya naik ke atas untuk membaca doa buat ayah dan mencium ayah. Ayah disolatkan sebanyak 2 kali sebelum berangkat ke masjid.
8.00 pagi: dalam perjalanan ke masjid, kami bawa ayah singgah ke rumah sebentar dan membacakan doa.
Ayah kemudiannya terus dibawa ke masjid untuk memberi ruang kepada para tetamu memberikan penghormatan terakhir buat ayah. Ayah disolatkan sebanyak 6 kali di masjid.
11.00 pagi. Saya pergi ke ruang hadapan untuk cium ayah buat kali terakhir. Saya tatap wajahnya buat kali terakhir dengan hati yang pilu.
12.00 tengahari: ayah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Tiada ungkapan yang boleh menggambarkan perasaan kami. Pemergian yang abadi sang ayah.
23.8.2023: genap sebulan ayah pergi meninggalkan kami. Pemergianmu membawa separuh jiwaku. Setiap hari selepas pemergianmu adalah pertarungan buatku. Bertarung untuk terus mengikhlaskan pemergianmu dan memujuk hatiku.
Al-Fatihah buat ayah. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.