Anak Kak KM pakai baju ala-ala barbie, sekali lain pula yang netizen perhati
Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli cukup terkenal dengan cara promosi produk jamu yang dijualnya.
Selain tarian gelek, Kak KM juga sering mengundang perhatian kerana berpakaian mencolok mata.
Terbaru, anak perempuan sulung Kak KM menerima tempias kecaman apabila tampil dengan imej seksi.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @sweetdara.selangor.nafie, Nabila dilihat memakai dres pendek paras paha berwarna pink bersesuaian dengan ‘demam’ filem Barbie yang sedang ditayangkan kini.
Kedengaran Kak KM menjerit sebaik melihat Nabila masuk ke dalam rumah. Kak KM dengan bangga berkata anaknya kelihatan cantik dan seksi.
Oh my god real Barbie. Real Barbie.. Barbie pergi tengok show Barbie. Comelnya sayang.
@sweetdara.selangor.nafie Barbie mama ❤️ #KakKMBukanBiasa2 #KakKMTakTumpangPopularitiOrangLain ♬ original sound – sweetdara.selangor.nafie
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap usahawan itu seolah-olah menggalakkan anak berpakaian sedemikian.
Netizen mula mengimbau kenangan sewaktu remaja di mana ibu bapa masing-masing sangat tegas dan tak akan bagi muka dekat anak.
BACA: Tular video gadis bertudung minum arak sambil memandu, alasannya minum arak sangat tak masuk akal