Tangisan insan bergelar ibu bapa pecah apabila anak yang sudah tiga tahun tidak pulang ke rumah akhirnya muncul di depan mata.
Yang lebih istimewa, kepulangan anaknya untuk menyambut bulan Ramadhan bersama dibuat secara mengejut.
Tidak memberitahu ibu bapanya lebih awal, pemuda ini menyusun rancangan rapi bersama adik beradiknya.
Menyamar menjadi ‘runner’ untuk menghantar kek, pemuda itu langsung tidak membuka helmet bagi memastikan lakonannya berjaya.
Namun, segala-galanya ‘kantoi’ apabila pemuda yang bernama Luqman itu membuka helmetnya dan memanggil sang ibu.
Alangkah terkejutnya mereka apabila anak bongsu yang dinanti akhirnya pulang ke pangkuan keluarga.
Menyingkap rindu yang terpendam, sang bapa yang cuba terlihat cool juga tidak dapat menahan juraian air mata.
@kinnnn_ Adik dari New Zealand balik senyap2 nak surprise ma abah sempena puasa. Alhamdulillah raya ni complete dah keluarga AA & Ba. #fyp #ramadhan2023 #fypシ
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, Luqman tidak pulang ke rumah kerana melanjutkan pelajaran di New Zealand.
“Adik dari New Zealand balik senyap-senyap nak suprise ma abah sempena puasa. Alhamdulillah raya ni dah lengkap keluarga,” tulis kapsyen.
Setakat ini, video yang dikongsi kakak Luqman yang bernama @kinnnn_ itu telah mendapat tontonan sebanyak 2.2 juta.
BACA: “Baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku.. Sekarang