Anak beranak termakan samosa inti cicak dedah rasa sebenar cicak buat netizen kembang tekak

Makanan yang diambil pasti perlu bersih dan halalan toyyiban, kerana ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri.

Inilah yang dialami oleh seorang lelaki dan anak perempuannya apabila mereka menjumpai bangkai seekor cicak

Dalam samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh, India.

Anak beranak termakan samosa inti cicak dedah rasa sebenar cicak buat netizen kembang tekak

Awalnya, gadis berusia 13 tahun itu sedang menikmati samosa tersebut apabila dia merasakan sesuatu yang kenyal. Setelah menyelidik, dia menjumpai cicak mati di dalamnya.

Dengan segera, dia memperlihatkan cicak tersebut kepada bapanya, Manoj Kumar, yang sudah menjamah beberapa samosa itu. Mereka berdua kemudian memuntahkan makanan yang telah dimakan.

Rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa di tepi jalan. Manoj kemudian memanggil polis ke kedai tersebut.

Namun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersebut dengan alasan bahawa dia menyumbat isi kentang menggunakan tangannya sendiri.

Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami mual dan muntah berulang kali, tetapi kini dalam keadaan stabil.

Pegawai polis menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan terhadap kes tersebut.

BACA: Badan rasa lemau dan tidak bertenaga, cubalah mandi air teresak petua nenek zaman dahulu kala, ‘confirm’ segar