Amyza Aznan seru orang ramai henti hina banduan

Amyza Aznan seru orang ramai henti hina banduan

Amyza Aznan seru orang ramai henti hina banduan. Pelakon berkaliber, Amyza Aznan, 46, menjadi sebutan ramai selepas lakonan hebatnya dalam drama bersiri Rindu Kasih TV3 memberi impak kepada penonton.

Sementara itu, Amyza menerusi sebuah perkongsian video di Instagram miliknya mengakui membawa watak sebagai seorang banduan sangat memberi kesan dalam dirinya.

“Ya Allah, saya sendiri berlakon meraung tengok drama saya. Tidak dapat bayangkan bagaimana banduan-banduan yang melalui fasa ini dalam kehidupan realiti. Saya tidak tahan,” luahnya.

Amyza Aznan seru orang ramai henti hina banduan

Di kesempatan itu, Amyza turut meninggalkan pesanan kepada semua pengikutnya untuk tidak sama sekali memandang rendah kepada banduan.

“Nota kaki: Tiada siapa dilahirkan ingin menjadi banduan.. Kita hanya manusia lemah yang diuji oleh Allah SWT kerana sayang dan kasih pada hambanya. Jangan pandang hina, jangan menghukum ujian mereka,” katanya lagi.

Drama 15 episod Rindu Kasih boleh ditonton menerusi slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

BACA:

Struktur batu seperti ikan di gurun Arab Saudi cetus perdebatan netizen

Tular dakwaan tahanan Imigresen kurus kering, ini penjelasan KDN

Harga ikan kembung naik, ini puncanya