‘Amek kau setepek atas muka’, pemuda ini sekolahkan warga asing buat duit atas angin jadi ulat parking di Bkt Bintang

‘Amek kau setepek atas muka’, pemuda ini sekolahkan warga asing buat duit atas angin jadi ulat parking di Bkt Bintang

LAGI kes ulat tiket di Bukit Bintang, Kuala Lumpur apabila kali ini melibatkan individu dipercayai warga asing mengenakan caj parkir kereta sebanyak RM10 di sekitar kawasan berkenaan.

Kejadian tersebut dirakam oleh mangsa ketika dia didekati oleh seorang lelaki yang meminta bayaran untuk tempat letak kenderaan tersebut.

'Amek kau setepek atas muka', pemuda ini sekolahkan warga asing buat duit atas angin jadi ulat parking di Bkt Bintang

Namun mangsa berkeras untuk tidak membayar caj tersebut dan bertindak mengugut individu terbabit dengan memanggil polis.

“Saya tak mahu bayar. Kalau tidak (benarkan pergi), saya panggil polis ‘angkat’ (tangkap) you.

“Nanti saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) okey,” katanya dalam video tersebut sebelum lelaki terbabit beredar daripada lokasi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet hairan dengan golongan berkenaan yang seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Malah ada yang mendakwa mereka ‘berkawan baik’ dengan pihak polis dan ia memudahkan golongan terbabit terus berpeleseran di kawasan tersebut untuk mencari wang hasil daripada tempat letak kenderaan.

“Penguat kuasa sudah tahu, kawtin sudah mana mahu ambil tindakan. Ronda-ronda waktu malam pun mana ada peduli,” kata @rider_life4ever.

“Ramai ulat parking ini polis trafik jaga. Mari datang ke Tun Razak Exchange (TRX). Ulat parking ramai, lepas itu cuba survei sana mesti ada polis datang kutip (tangkap),” kata @tmkhairul.

Majoriti sebelum ini pernah melaporkan kes sama melibatkan seorang wanita warga tempatan dipercayai ulat parkir mengenakan caj parkir kenderaan di Damascus, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video tular berkenaan memaparkan perempuan itu meminta bayaran RM5 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan tersebut.

BACA: 

“Jiran sebelah tiba-tiba hantar wasap ‘saya call awak, tapi awak nampak sexy jadi saya tak tau nak buat apa’, patutlah sliding door rosak rupanya dia punya kerja!”

Lembu korban paling mahal dalam dunia! Nilai mencecah RM20 juta, berapalah 1 bahagian kena bayar tu?