Aliff Syukri, Wak Doyok dan Fizo Omar jadi tumpuan bila OctaFX masuk senarai amaran

Aliff Syukri, Wak Doyok dan Fizo Omar jadi tumpuan bila OctaFX masuk senarai amaran

Aliff Syukri, Wak Doyok dan Fizo Omar jadi tumpuan bila OctaFX masuk senarai amaran. KECOH seketika apabila ramai yang mempersoalkan tentang broker antarabangsa, OctaFX, lantaran Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa syarikat tersebut termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA).

Lebih membimbangkan orang ramai apabila beberapa nama terkenal dipilih menjadi duta syarikat tersebut iaitu pelakon Fizo Omar dan selebriti Wak Doyok.

Bahkan ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri turut mempromosikan OctaFX.

OctaFX tersenarai dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan oleh BNM.

Bukan itu sahaja, terlalu banyak iklan mengenainya terpampang dan dipromosikan secara meluas di media sosial, termasuk di YouTube, sekaligus membuatkan ramai yang was-was sama ada ia adalah sebuah syarikat pelaburan sah atau sebaliknya.

Namun kini jelas apabila kemas kini daripada BNM pada 29 Ogos lalu menunjukkan OctaFX turut tersenarai dalam FCA.

OctaFX ialah broker forex yang menawarkan platform untuk orang ramai berdagang forex, dan membuat copy trading.

Untuk pengetahuan senarai yang dipamerkan dalam FCA terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Beberapa lagi syarikat yang baru dimasukkan ke dalam senarai pada awal tahun ini ialah BTC Pelaburan Malaysia, Al Ayuni Investment Malaysia, Preferred Trust Investment Scheme dan Madinah Mining.

Aliff Syukri ketika menjadi tetamu rancangan bual bicara kendalian Fizo bagi mempromosikan mengenai OctaFX.

Aliff Syukri, Wak Doyok dan Fizo Omar jadi tumpuan bila OctaFX masuk senarai amaran

Menurut BNM, senarai yang dikeluarkan adalah tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Menurut BNM lagi, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

Ia dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian sewajarnya ke atas entiti atau skim yang dilaporkan.

 

BNM mengeluarkan senarai Amaran Pengguna Kewangan untuk panduan orang ramai.

Sementara itu menjengah laman sesawang OctaFX, ia menyebut bahawa syarikat itu merupakan sebuah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Ia dikatakan telah dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, tetapi menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Malah pada muka depan laman sesawangnya juga terpampang wajah Fizo Omar dan Wak Doyok dengan video kejayaan mereka berdagang di OctaFX turut disiarkan di laman berkenaan.

Walaupun nama syarikat itu macam boleh dipercayai, iklan berlambak di sana sini, anda tetap perlu check dahulu.

Terdahulu sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memasukkan OctaFX ke dalam senarai Amaran Pelabur kerana menjalankan aktiviti pasaran saham tanpa kawal selia.

Sementara itu, seorang penasihat Takakul, Anas Fadhil menerusi laman TikTok miliknya turut mengulas secara tidak langsung mengenai OctaFX ketika ditanya netizen.

“Elakkan diri anda daripada di scam oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang hanya mengambil kesempatan atas wang anda,” tulisnya pada video yang dimuat naik.

Menerusi video tersebut juga, Anas berkongsi panduan mengenai cara untuk memastikan sama ada sesebuah badan itu adalah broker ‘haram’ atau sebaliknya.

BACA:

Ramai terkejut dengan pengumuman Jep ini, tak sangka..

Ini luahan hati Rosmah setelah dijatuhi hukuman penjara