Aliff Syukri bakal berduet dengan Jamal Abdillah pula

Aliff Syukri bakal berduet dengan Jamal Abdillah pula

Aliff Syukri bakal berduet dengan Jamal Abdillah pula. Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkata dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Memetik KopiPlanet, Jamal menyatakan dia terbuka jika ditawarkan untuk berduet dengan mana-mana pihak asalkan memenuhi syarat yang ditentukannya.

BACA: Aliff Syukri Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza, Awie, Jamal Abdillah & Anuar Zain

“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.

“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga dan orang pun tidak menyalahkan saya,” katanya.

Aliff Syukri bakal berduet dengan Jamal Abdillah pula

Menurut Jamal, dia melihat kebanyakan founder produk yang muncul dengan lagu seperti dilakukan Aliff Syukri lebih kepada untuk mempromosikan perniagaan.

“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.

“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Awie dan Anuar Zain.

BACA:

Kerajaan diarah bayar Khairuddin RM300,000 kerana salah tangkap

Mahathir mahu Apandi Ali juga disiasat