Aliff Aziz dan Bella enggan bersalaman buat kali terakhir

Penyanyi, Aliff Aziz akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah pada jam 1.10 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat.

Menurut laporan mStar, cerai yang dilafazkan Aliff sebentar tadi mengikut hukum syarak dan ianya telah disahkan Wan Mohd Najib.

Saya Aliff Aziz menceraikan isteri saya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu mulai hari ini.

Aliff Aziz dan Bella enggan bersalaman buat kali terakhir

Hakim juga ada meminta Aliff dan Bella bersalaman buat kali terakhir tapi kedua-duanya tidak mahu sebelum melafazkan cerai itu.

Kredit: mStar

Baca :