Baru-baru ini tular video seorang wanita yang menyatakan dia tidak dapat mengikut ‘trend’ di media sosial kerana statusnya sebagai isteri kedua.
“Tak boleh join trend ni sebab kita yang ‘kaki sondol’,” katanya beserta emoji ketawa.
Sondol atau penyondol adalah ungkapan yang digunakan dalam masyarakat hari ini untuk wanita yang bertindak mengganggu suami orang.
Luahannya itu bagai mengundang kumpulan isteri kedua tampil memberi komen dan menafikan mereka bukanlah ‘penyondol’ seperti tohmahan yang sering dilemparkan.
malunya jadi perempuan murah pic.twitter.com/gyTRcQppJP
— dee (@ruanguntukdinda) September 12, 2023
Sebaliknya, suami orang yang didakwa mencari dan melayan mereka sehingga terjalinnya perhubungan.
@cikkk.meer4444 🤣🤣 #fypsounds #Capcut #gadisfyp #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – ainiselect
“Jangan cakap macam tu, kita tak sondol tapi laki (suami) dia yang cari dan layan kita.
“Okay yang ini aku sokong!
“Sama, aku sondol sampai naik pelamin,” ujar beberapa warga maya.