“Aku pula yang rasa geram kat beruk tu sebab comel sangat pergi lari pegang mak haha” – Netizen

“Aku pula yang rasa geram kat beruk tu sebab comel sangat pergi lari pegang mak haha” – Netizen

Tidak kiralah anjing, kucing, atau kera, ramai yang memilih haiwan-haiwan berkenaan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Menjaga mereka dengan pakaikan baju, bagi makan dan minum.

"Aku pula yang rasa geram kat beruk tu sebab comel sangat pergi lari pegang mak haha" - Netizen

Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan seekor kera menjaga seorang bayi telah meraih tumpuan ramai.

Terpaksa panggil ibu juga masa baby nangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suzilalh7777abdwa di TikTok, kelihatan seekor kera lengkap berbaju dan memakai seluar memegang tangan seorang bayi yang sedang menangis.

Apa yang menarik perhatian adalah kera tersebut dilihat pergi ke ‘ibunya’ dan memanggil untuk memujuk bayi berkenaan dengan cuba menarik kaki ‘ibunya’ itu ke tempat bayi berkenaan.

Hal itu menyebabkan bayi itu berjaya dipujuk dan berhenti menangis selepas didukung oleh ibunya.

@suzilalh7777abdwaBOLEH AMBIL BELA NI🤔🤔

♬ original sound – SUZILALH7777 AbdWahid TV

“Aku pula yang rasa geram kat beruk tu sebab comel sangat pergi lari pegang mak haha” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 562.3K views, 31.2K likes dan 434 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel kera itu dan memberi pelbagai komen mencuit hati.

BACA:

Makan sushi di Restoran ini pakai tangan dianggap berdosa? Wajib guna chopstick’, Pelanggan terkedu, dilarang makan pakai tangan