As salam min. aku nak luahkn kesedihan aku min. agak panjang luahan aku ni min. aku ringkaskan sedikit. aku banyak kali dicurangi suami.
Aku ni terlalu berlembut hati cepat memaafkn sebab tu aku sering dicurangi.
pendek kan lagi citer. Masa mula2 kawin Saat anak sulung aku bertarung dengan kesakitan dalam bilik pembedahan
saat tu lah Allah tunjukkn kecurangn dia kat aku min dia kantoi tengah ber whatsapp dengan perempuan lain.
Allah gerakkn kaki aku melangkah ke tempat parking kereta untuk cari dia sejurus doktor suruh aku tuggu diluar rupanya dia leka melayan whatsapp perempuan lain disaat hati aku kerisauan tentang anak kami. Setiap kali aku mengandung, tiap kali itulah suami buat hal.
Bila dah kantoi dia boleh selamba cakap memang dia ada perempuan lain dan dia dah tak ade perasaan kat aku min. Sekarang rumah tangga kami dah hampir 15 tahun min. selama ni susah payah dia bersama aku min.
tapi bila hidup kami mula nak senang sedikit sewenang dia cakap tak ade perasaan kat aku hanya kerana dia sedang mabuk cinta dengan perempuan lain. selama ni aku sanggup berkoran susah dengan dia.
Cuba bayangkn min dia bagi aku duit rm10 ringgit untuk beli lauk untuk kami 5 orang makan sedangkan 10 ringgit tu aku hanya mampu beli a ketul ayam untuk sekali masak dan sekali makan je min malam anak2 berlapar tak makan sedang kan dia makan sedap2 kat luar.
Balik pun ikut mood dia adakala dia langsung tak balik.
Pernah tengah malam aku alami sakit perut sebab keracunan makan aku tak tahu nak cari dia kat mana die pakai hp tapi dia tipu aku min dia cakap hp rosak nanti2 lah dia beli baru walhal dia dah ada pun hp. tergamak dia tipu aku min. anak demam pn tak tahu nak hubungi dia kat mane.
tempat keja memanjang dia tak ade. tuhan je tahu perasaan aku macam mane min. Dia dah tak kisah aku tau kecurangan dia. Hp dia pun tak pernah tukar pass. Dia biar je aku bebas buka, tapi bila buka, semua penuh chat perempuan dan video2 dia bersama perempuan2.
Aku tak tahu nak kata apakah kecurangn suami aku ni dan keb€nciaan dia terhadap aku ni ada kaitan dengan sihir yang dilakukan mak dia. itu tuhan saja yang. aku ni menantu yang tak bekerja dan aku dari keluarga yang susah. sedangkan suami aku tu anak dia keja dengan kerajaan.
mana padan dengan aku yang tak ade apa2 ni min. bukan sekali ni mentua shirkn aku min. bile dah berubat. merntua hantar lg. Entah lah min. Sampai tadi ni bila suami cakap dia dah tak ade perasaan kat aku. hati aku hancur min.
Bila aku ingat kata2 dia yang dah tak ade perasaan kat aku. hati aku pun turut tawar dah dengan dia segala pergorbanan aku dia tak hargai. aku ada suruh dia lepas kam aku. sebab tak ade guna bersama lau hati dia dah tak ade. hati dia mabok dengan perempuan lain. susah segan aku bini die yang tak ade pape ni.
bila dah senang dia dengan orang lain. hancur sakit semua ada ni min. aku minta lepas dia tak nak lepas kan. jadi untuk apa aku ni.. kalau hati dia tak ade dah pada aku. dulu ya aku takot nak hidup tnpa dia..l kini aku redha. aku yakin Allah kan ada bersama, isteri yang di aniaya. Aku bertahan pun demi anak2. Tolong doa kan aku kuat min dengan anak2.
BACA: Shuib tiba-tiba umum letak jawatan dari Suria FM, rupanya ini punca sebenarnya