Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas sikap sebenar suami terbongkar selepas mereka sudah sah menjadi suami isteri.
Baru saha berkahwin dalam tempoh lima bulan, si wanita memaklumkan tidak bahagia selepas mengetahui suami ada hubungan dengan rakan sekerja.
Wanita tersebut memuat naik luahan hati menerusi X (Twitter), @twtmalaywedding mengenai apa yang perlu dilakukannya.
Lebih menyedihkan si suami yang sudah banyak kali terlanjur ini sudah menyampaikan niat mahu memperisterikan skandalnya itu.
Rupanya sudah setahun dia mempunyai hubungan dengan rakan sekerjanya itu semasa dia mula bekerja di sana.
Sudah duduk berbincang bersama suami, wanita tersebut tetap tidak boleh menerima kenyataan tersebut apatah lagi bermadukan orang yang merosakkan rumah tangganya.
“Dia adalah suami yang baik, nafkah selalu bagi dan dia sentiasa beri terbaik untuk buat saya bahagia.
“Tapi susah nak rasa bahagia kalu tahu penghujungnya bagaimana. Saya juga yang akan hancur,” ujarnya dalam luahan hati di X.
Suami masih meneruskan hubungan dan melakukan hubungan badan beberapa kali sehinggalah satu malam lelakinya memberi kata putus.
“Semalam, suami bagi pilihan sama ada dia kena terima saya tak bahagia dengan dia atau saya yang kena terima dia ada perempuan lain,” tambahnya.
Wanita itu juga merasa dirinya bodoh kerana sudah jelas bahawa lelaki tersebut curang di belakangnya beberapa kali sebelum berkahwin.
Namun sebab sayang dia tetap meneruskan hubungan dengan harapan dia akan berubah selepas berkahwin dan akhirnya terbukti dia salah.
Rata-rata warganet menasihatkan dia untuk keluar dari hubungan yang toksik malah ada mempertikai keputusannya untuk berkahwin walhal terang suami selalu curang.
“Sis (saudari), dah terang dia cakap wanita itu akan jadi madu, belum sah jadi madu pun dia lebihkan wanita itu, gerak je sis.
“Suami awak kaya-raya eh sis? Tu sanggup kahwin walaupun dah tahu sebelum nikah perangai hampir ke neraka tempatnya. Berpisahlah, bimbang terkena penyakit kelamin.
“Tinggalkan sahaja perkahwinan ini, dia dah berzina dengan ramai wanita. Sebelum dapat penyakit macam HIV baik selamatkan diri.
“Kenapa kahwin kalau macam ini, lari sis, tak ada anak lagi maka jangan tunggu. Kalau awak bertahan juga, maaf awak memang bodoh,” antara komen warganet.
BACA: “Tuan rumah hanya bayar separuh sebab saya cepat bersihkan rumah 2 tingkat ini”