“Aku banyak kali jadi anak derhaka kerana isteri, rupanya isteri tak suka ibu, lepas ibu meninggal je dia terus minta cerai”

Setiap kali ibu ayah datang rumah kami, isteri mesti taknak layan dan masuk dalam bilik.

Bilik aku tanya, dia kata dia tak faham ibu ayah aku cakap dialek Kelantan.

Malam selepas selesai bacaan tahlil, aku terkejut isteri mesej kata aku abaikan dia sebab aku tak balas mesej dia..

"Aku banyak kali jadi anak derhaka kerana isteri, rupanya isteri tak suka ibu, lepas ibu meninggal je dia terus minta cerai"

Barangkali, takdir aku adalah sebegini, aku redha dengan ketentuan qada dan qadar.

Di kala aku menerima tamparan paling hebat dalam hidup aku iaitu kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Masih meratapi kehilangan seorang ibu angkara wabak covid-19.

Waktu itu aku berada di sana, di hotel berdekatan dengan hospitaI arwah ibu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada waktu maghrib, aku menghubungi isteri aku dan menyatakan jenazah selamat dikebumikan dan sekejap lagi ahli keluarga aku akan membuat bacaan tahlil adik beradik, dalam masa yang sama aku juga bertanya khabar anak-anak aku di sana iaitu di bandar.

Aku tidak bawa ahli keluarga aku bersama kerana bimbang akan covid-19 di hospitaI dan aku pulang ke kampung bersama kakak aku. Selepas selesai bacaan tahlil, kami ahli keluarga bermesyuarat tentang apa yang perlu dilakukan selepas kematian ibu kami dan dalam masa yang sama memujuk ayah aku agar dapat menerima takdir ini.

Dalam jam 11.00, aku pun hampir lupa, isteri menghubungi aku dan mengatakan bahawa aku mengabaikannnya. Aku terkejut dan hairan, kenapa dia berkata begitu sedangkan aku baru sahaja menghubunginya waktu maghrib tadi.

Alasannya ialah aku tidak whatsapp dia, aku jelaskan bahawa aku sibuk menguruskan hal keluarga aku dan aku telah menghubunginya pada waktu mahhrib. Dia mengatakan aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang suami.

Pada keesokan harinya, dia minta cerai daripada aku atas alasan itu. Aku terpana, aku masih lagi di hotel dan fikiran aku sangat kusut, apa yang aku telah lakukan. Aku abaikan dahulu dan aku menguruskan perkara yang perlu bersama bapa aku pada keesokan harinya untuk terus ke pusara ibu aku untuk mengaji di sana.

Aku dalam perjalanan pulang ke rumah abang aku kerana ayah aku akan berada di sana sepanjang tempoh kuarantin. Dalam perjalanan aku belikan makanan untuk ahli keluarga aku dan dalam masa yang sama aku kusut untuk masalah rumah tangga aku.

Isteri aku minta cerai, aku di kampung masih menguruskan urusan kematian ibu aku. Maksud aku, perlukah waktu sekarang untuk dia menuntut cerai. Aku dalam kesedihan, dan dia ingin menuntut cerai. Pada hari yang sama juga, selepas selesai tahlil di rumah abang aku, aku dan kakak aku bergegas pulang ke bandar semula untuk selesaikan utusan masing-masing.

Aku menangis dan bercerita pada kakak aku bahawa isteri aku minta cerai. Kakak aku terkejut dan marah aku, kenapa semua ini berlaku. Kenapa masih perlu sayangkan isteri itu lagi sedangkan hampir sering kali aku mempunyai urusan keluarga aku dia akan minta cerai.

Yer, bukan sekali ini sahaja. Tapi aku masih cuba mempertahankan rumahtangga aku. Ibu dan ayah aku pernah datang rumah, hampir setiap kali mereka datang, isteri aku tidak akan memasak dan menyuruh aku membawa ibu bapa aku makan di luar.

Sepanjang dirumah, isteri aku tidak menghiraukan makan dan minum ibu bapa aku. Setiap kali mereka datang, isteri aku akan berada di dalam bilik dan hanya akan keluar apabila aku mengajaknya makan di luar. Apabila aku menasihatinya, keluarlah, kan ibu dan ayah datang.

Alasannya ialah dia tidak faham apa yang ibu dan ayah aku katakan kerana mereka berdialek kelantan. Untuk tidak mengelakkan salah faham dia selesa berada dalam bilik. Ibubapa aku sangat tersinggung, pendek kata aku da banyak kali menjadi anak derhaka kerana isteri dan selalu menyebeIahi isteri aku.

Ibu aku pernah berkata, aku datang rumah ini sebab kau anak aku. Sedih aku dengar, ibu bapa aku datang tanpa menantu tidak menghargai. Aku tekad nak bercerai. Aku tekad sangat nak bercerai sebab aku sudah penat, selama bertahun aku hidup dengan dia, dia tidak pernah nak berubah.

Aku hanya ingin dia menghormati ibubapa aku sahaja. Aku juga buat benda yang sama, menghormati ayahnya. Adik beradik dia pon aku layan elok jer. Aku banyak lebihkan keluarga dia dari keluarga aku tapi apa aku dapat. balasan yang tidak setimpal.

Apakah aku buat tindakan salah untuk bercerai. Sebenarnya aku sudah bertahan hampir sembilan tahun untuk masalah ini. Aku cuba bertahan untuk anak-anak tapi masih berada dalam situasi yang sama. Salahkah aku kalau membuat keputvsan tekad untuk bercerai. Hati aku sudah mati untuk isteri aku. – Ronaldinho (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Dik jangan simpan kentang busuk. Lagi lama simpan lagi teruk baunya. Begitulah perumpamaannya 9 tahun menyaIak minta cerai je. Lagi-lagi dalam situasi awak kehilangan ibu. Sangat biadab dan selfish. Kalau makcik jadi awak, awal-awal lagi makcik dah bye bye kan.

Apabila kita dalam kesusahan baru kita kenal siapa kawan dan Iawan. Musim-musim covid19 ni orang patut syukur ada suami buat teman. Ini buat perangai. Bagi je la dik apa dia minta. Kadang-kadang melepaskan itu lebih baik daripada bertahan dengan kesakitan.

Cik Shezlynn : Suruh dia kahwin dengan kamus je la, tak payah kahwin dengan manusia. Hal loghat orang pun nak jadi isu, padahal kahwin sesama Malaysian. Lain la dia orang Perancis ke planet Marikh ke dia binatang ke, boleh la tak faham loghat negeri berbeza-beza dalam Malaysia ni. Slow betul otak bini saudara.

Norizan Mamat : Salam, Kalau dah 9 tahun, banyak sangat buruk yang isteri nampak dan bagi alasan pelik-pelik tak mau terima keluarga kita, makcik sokong, berpisah tu lebih baik. Kesian keluarga kita. Dia pun hati keras sangat. Tak ada simpati langsung. Perempuan apa tak tau la macam mana tu. Semoga ada bahagia selepas ni.

Sal Ishak : Tak salah. Tunaikan saja permintaan dia. Yang kadangkalanya bukan dia nak bercerai pun sekadar nak mengugut. Mintak perhatian yang tidak kena pada tempat. Terlalu pentingkan diri sendiri. Tak fikir perasaan orang hanya asyik melayan kehendak sendiri.

Rose Mimie : Saudara, saya pernah mengaIami keduanya serentak. Kematian ibu terjadi tak lama kemudian bercerai. Sakit lagi kematian ibu. Itu lah permulaan hidup kita dalam rahim ibu. Alangkah sedih nya ibu kita meninggaI dunia.

Tiada lagi doa ibu. Cerai yang akan terjadi nanti terimalah sebagai qada dan qadar. Nikmat baik kita syukuri. Musibah dan ujian kita sabar lah hadapi. Dalam baik dan buruk terjadi pasti ada kebaikan dan hikmah.

Banyak lah meneruskan pahala untuk arwah dari melayan tuntutan isteri awak. Dia bukan tak boleh fikir tapi sengaja nak rebut perhatian awak kerana selama ini dia sering jadi juara perhatian berbanding ibu bapa awak sendiri.

BACA: Isteri berkenalan degan `Awang Hitam` atas dasar kerja, tapi Senyap-senyap isteri keluar, tak sangka betul apa yang terjadi lepas tu