Aksi pak cik ini angkat peserta kawad yang rebah buat ramai sebak

Aksi pak cik ini angkat peserta kawad yang rebah buat ramai sebak

Aksi pak cik ini angkat peserta kawad yang rebah buat ramai sebak. Aksi seorang lelaki meruntun jiwa setiap pengunjung kerana sanggup bergegas di bawah terik matahari semata-mata untuk membantu anak saudaranya yang tiba-tiba tumbang ketika berkawad.

Insiden memperlihatkan ketulusan kasih seorang lelaki yang ibarat bapa kepada anak yatim dikenali Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi itu, nyata menyentuh hati hadirin sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Lelaki yang kelihatan berusia lebih separuh abad sebelum itu berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar dipakainya yang tertanggal, semata-mata untuk membantu anak saudaranya itu yang terbaring.

Tidak hairanlah ramai hadirin mengalirkan air mata menyaksikan detik itu, apatah lagi lelaki berkenaan turut menggunakan tubuh tuanya sebagai benteng bagi mengelak anak muda itu kembali rebah.

Berkongsi detik itu melalui akuan Facebooknya, beliau mengakui banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar yang turut dikongsi.

Aksi pak cik ini angkat peserta kawad yang rebah buat ramai sebak

“Ketika anaknya (anak saudaranya) terkujur tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah (bapa saudara) menerpa dari arah khemah tetamu.

“Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ‘ayah’, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” tulis beliau pada keterangan gambar dalam catatan Facebook hari ini.

Berdasarkan foto yang dikongsi, jelas memperlihatkan lelaki itu yang berkopiah dengan berkaki ayam berlari meredah permukaan yang panas terik ke arah anak saudaranya, sebelum memapahnya untuk bangkit kembali.

Lantaran daripada tindakan spontan itu, beliau bersama yang lain membayangkan lelaki itu pasti ingin mengusung anak saudaranya itu keluar daripada barisan, namun ternyata sangkaan sedemikian meleset.

“Meskipun badan dimamah usia, anak itu dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya (anak saudaranya) kembali rebah,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku itu benar-benar menunjukkan kasihnya seorang bergelar ‘ayah’ yang sanggup berkorban jiwa, sambil menggambarkannya sanggup membiarkan jiwa tersiksa dan dengan sepenuh keikhlasan dan rela, asalnya ‘anaknya’ bahagia.

“Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah, hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan,” akhirinya pada catatan itu.

Ikuti video yang meruntun jiwa semua:

BACA:

Pensyarah tergamam lihat bekas pelajar ‘struggle’ cari rezeki

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun