Aksi murid ini berselawat persis penyanyi rock buat ramai terhibur

Aksi murid ini berselawat persis penyanyi rock buat ramai terhibur.Kebiasaannya murid-murid akan menghadiri perhimpunan sekolah sebelum memulakan pembelajaran di dalam kelas
Semasa perhimpunan, selalunya mereka akan mendengar ucapan serta pengumuman penting daripada guru-guru. Selain itu, terdapat juga sekolah yang menjalankan majlis bacaan Yasin dan selawat semasa perhimpunan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang murid sekolah yang berselawat dengan cara yang lain daripada lain telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Punya feeling berselawat, gaya adik ini dah macam menyanyi lagu rock
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zura8511, kelihatan rakaman murid-murid sekolah sedang berselawat di dalam sebuah perhimpunan sekolah yang tidak dikenal pasti.
Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila salah seorang murid lelaki di situ nampak terlalu menghayati selawatnya. Gayanya memang seolah-olah sedang menyanyi lagu rock.
“Dia nak tunjuk dekat kawan dia yang dia hafal sebenarnya” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.7M views, 172.8K likes dan 5.3K comments di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Malah, terdapat juga netizen yang turut mendoakan semoga dia menjadi anak yang soleh.
@zura8511 #ruzainsyafi #skdatohassim2 #over30 #anak ♬ bunyi asal – [email protected]
BACA:
Kutipan RM12 juta belum balik modal lagi untuk filem Mat Kilau
Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik
Ramai kagum dengan lakonan bertenaga Yayan Ruhian, layak jadi hero