Aksi ghairah bersama Zul Ariffin, Siti Hariesa tidak menyesal

Aksi ghairah bersama Zul Ariffin, Siti Hariesa tidak menyesal. Sekian lama mengunci mulut selepas dihimpit kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu, pelakon baharu, Siti Hariesa mengakui tindakannya untuk meredakan situasi panas agar tidak berlanjutan.

Tidak menyesal dengan apa yang berlaku, namun gadis berusia 24 tahun ini berkata, kontroversi itu mengajarnya lebih berhati-hati dalam memilih watak pada masa akan datang.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Siti Hariesa menjadi buruan media selepas sedutan babak sensual bersama Zul Ariffin dikongsi aktor itu menerusi akaun Instagram (IG).

Aksi ghairah bersama Zul Ariffin, Siti Hariesa tidak menyesal

Antara babak mencetuskan kemarahan ramai membabitkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dan adegan menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Ditanya apakah perasaan saat namanya menjadi bualan hangat netizen ekoran keberaniannya melakonkan babak panas itu, pelakon yang dicungkil bakat menerusi Drama Festival Kuala Lumpur 2019 itu berkata, dia menyifatkannya pengalaman yang melucukan.

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” ujarnya.

Disebabkan keberaniannya itu, Siti Hariesa turut mendedahkan menerima kecaman netizen dihantar menerusi mesej peribadi.

“Keluarga dan rakan-rakan ada berpesan agar jangan membaca komen. Namun, disebabkan keluar notifikasi, saya bacalah juga, cuma saya tak balas,” katanya sambil tertawa.

Menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran, Siti Hariesa berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih watak.

“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” ungkapnya.

BACA:

Ayam tiada di pasaran, pengguna beralih kepada ayam kampung

Pernah buat pinjaman 1987 tapi ditolak, ini kisah Ramly Burger

Biskut raya dah mula lemau? Ini cara nak rangupkan kembali