Aksi gelek ‘ghairah’ Baby Shima depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia

Aksi gelek ‘ghairah’ Baby Shima depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia

Aksi gelek ‘ghairah’ Baby Shima depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia. Sebut saja nama Baby Shima, ada saja kontroversi terpalit penyanyi dangdut itu. Baru-baru ini, perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila bergelek sakan di tengah jalan di hadapan KLCC.

Dilihat sedang melintas jalan, Baby Shima turut berhenti seketika untuk bergelek di tengah jalan tempat pelintas berjalan kaki.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut menulis kapsyen, “Bergoyang sebab kereta tak nak beri laluan” dan diinspirasikan daripada Citayem Fashion Week.

Aksi gelek 'ghairah' Baby Shima depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia

Perkongsian Baby Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengkritik dan ada yang terhibur dengan aksi penyanyi itu.

Malah, ramai netizen terutama dari Indonesia yang memuji keberanian dan kekebalan Shima berdepan dengan kecaman dari orang ramai.

Terdahulu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen Malaysia dan negara seberang berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.

BACA:

Rupanya ini punca bunyi bising pada enjin Proton X50 dan X70

Bantuan kewangan TBTP : Senarai penerima yang layak, cara dan syarat mohon

Cara nak buat ‘refund’ bila kad TnG anda hilang atau expired