Akibat tayang gari pada orang ramai, polis buru pemilik Proton Persona

Akibat tayang gari pada orang ramai, polis buru pemilik Proton Persona.Seorang pengguna jalan raya tidak menyangka sebuah kereta Proton Persona secara tiba-tiba menunjukkan gari sambil memusing-musingkannya dengan membuka tingkap kereta ketika memandu.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi tiga minit yang tular di media sosial menunjukkan telah berlaku perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, dekat sini.

“Susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.

Akibat tayang gari pada orang ramai, polis buru pemilik Proton Persona

@kroll_kyoe BudakBaruNakUp 🤬👎 #GengBollywood ♬ Sang Saka Biru – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Alif

“Kita juga akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu. Kita nasihatkan orang awam agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” kata Noor Delhan Yahaya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

Tambah beliau lagi, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Memetik hantaran Carlist.my pula, ada anggota polis memaklumkan kepada Carlist.my bahawa Proton Persona berwarna silver tidak semestinya kereta polis. Ia merupakan kereta yang disewa dari Spanco yang digunakan oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

BACA JUGA: Tak pakai seluar ke tu?, Netizen perasan sesuatu pada pakaian Puteri Aishah

Rupanya ini sebab penjual nasi lemak kena denda RM50 Ribu oleh pihak penguasa

Hidup saya dah tak lama, mahu habiskan sisa hidup – M. Daud Kilau