Akhirnya Zul Ariffin bersuara isu ‘aksi lucah’ dalam drama TV

Zul Ariffin dalam posting terbaru di media sosialnya memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai mengenai video yang dimuatnaik di instagram miliknya.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan minggu lalu”

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial.

Minggu lalu, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.

Akhirnya Zul Ariffin bersuara isu 'aksi lucah' dalam drama TV

 

Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.

 

Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Akhirnya Zul Ariffin bersuara isu 'aksi lucah' dalam drama TV

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video yang dimuat naik pelakon berusia 35 tahun itu selain tidak kurang juga yang menganggap babak yang dilakonkan agak keterlaluan.

“Makin banyak la kes rogol selepas ini. Dah macam filem lucah”.

“Siapalah yang buat cerita macam ini, tak sesuai dengan kita orang Islam”.

Tengok Juga:

BACA JUGA:

Hujan ikan, katak, ketam dan buaya gemparkan penduduk

Penduduk panik lihat Villa misteri tiba-tiba sahaja muncul

Wanita disangka umur 50 tahun ini rupanya baru 16 tahun, dedah punca sebenar

[/bg_collapse]